Ianya kau perlu dicari
Cari dan ketemukan tak kira apa bangsanya
Sandaran bertali berjabat
Kuncinya ada pada Bagimda Rasul
Yang membawa berita gembira
Walau seinci perjalanan, aku redha pemergian mereka
Andai sebelum aku perginya mereka
Hadir tatkala pintu kau
kunci rapi
Ketika pancaindera tak
terhubung lagi
Ketika itu seluruhnya
dengan Dia segala isi
Kegembiraan itu yang aku
mahu beri
Kepada kedua kamu dalam
episod terakhir ini
Tiba-tiba aku disoal
mananya arah gembirakan mereka
Bagaimana diiramakan pesan
dan lenguknya sabar untuk akhiri ini sebenarnya
Untuk mereka dan
kegembiraan mereka tujuan itu kembalinya kita
Tapi mengapa persoalkan
gembira yang mana mahunya, di sini atau di alam kemudian di sana
Berepisod lagi kita yang
pasti kerana jasad masih di sini
Bukan hafal tapi
pertajamkan lagi hidup dengan baca, faham dan pasti
Jangan pula disempurnakan
disini, disana tak punya apa-apa lagi
Kerana pertahankan rasa,
biar mati kelaparan biar reput keperluan, jangan dijual apa pun milik untuk
bangga di sini
Gembirakan mereka untuk
hanya sebelum mati?
Kebahagian untuk mereka
hanya ketika disini?
Jika ianya hanya harta
benda yang hebat diperbangga
Jom kita semadikan sekali
nanti bersama jasad mereka buat bekal di sana
Anak-anakku
Nanti aku kan tempuhi
juga alam tua seperti mereka
Mungkin juga rabun dan
memandang pada yang berkilau semata
Jangan kau dekati aku
melainkan ini ada di dada
Jangan asyikkan aku
dengan kecantikan kamu di dunia
Sentiasa ingatkan aku
jika antara kamu ada yang sukar hidupnya
Ianya kan menghalangku
untuk bahgia di sana, jika di sini tak hadir kasihan akan keperitan hidupnya.
Yusoff Zaky Omar
Buat aku dan
saudara-saudaraku,juga anak dan isteri kami semua