Tuesday, September 20, 2011

Melihat Bukit Damar Dengan Iqra

Jika dilihat pada bahagian penghargaan Brain Teaser SCHOOL OF LIFE™ nama Zamri bin Hashim agak janggal kerana tersenarai bersama Dato' dan Tan Sri dan VVIP lain di laman belakang.

Siapa Zamri bin Hashim atau Haji Zamri?

Dengan bangganya saya ingin maklumkan, beliau adalah rakan saya sejak kecil, beliau mengaplikasikan formula betul yang menjadi teras dalam SCHOOL OF LIFE™ dan beliau kini seorang multi millionaire yang membina kejayaan secara sah walaupun sebagai seorang pegawai kerajaan dan beliau merupakan pegawai kerajaan yang tetap gigih walaupun telah memperolehi kebebasan kewangan dan paling muda dalam gred M54 yang kini dipinjamkan ke Perbadanan Putrajaya sebagai Pengarah Komuniti dan beliau adalah anak Kedah dari Jerlun.


Formula




Sila baca artikel yang saya tulis di Utusan Malaysia yang kini dikongsi sebagai simulasi dalam Program Simulasi SCHOOL OF LIFE™. Link yang saya maksudkan ialah http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0904&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

Antara sedutannya ialah:-

"Formulanya sangat mudah, masa yang betul dan tempat yang betul maka seperti mana yang diraih oleh pembeli-pembeli rumah di bandar-bandar baru dan kawasan- kawasan yang akan menjadi teras pembangunan.

Mengetahuinya juga adalah mudah sekadar membaca dan menyemak dokumen- dokumen sah kerajaan seperti Draf Rancangan Struktur, Draf Rancangan Tempatan atau Draf Rancangan Kawasan Khas di mana ia dapat dibeli, dirujuk di perpustakaan dan pusat sumber di Pejabat Pentadbiran Daerah atau perbandaran."

Kenapa dengan formula tersebut, Tanah Bukit Damar dalam SCHOOL OF LIFE™ dan apa kaitan dengan Hj Zamri?

Jika dilihat dalam Pelan Strategik Majlis Perbandaran Sepang khususnya peta guna tanah dan rancangan kerajaan, sesiapa sahaja akan memilih Tanah Bukit Damar sebagai lokasi terbaik untuk direbut sebagai sebuah portfolio pelaburan kerana kedudukannya yang bersempadan dengan Putrajaya (RM150skp) dan Cyberjaya (RM70skp).

Haji Zamri telah melihat ini sejak 16 tahun lalu dengan modal kurang RM20K telah mula membina kekayaan dengan mengambil peluang yang dapat diambil hanya dengan 'iqra' sebab semuanya sudah tertera.

Untuk menyesuaikan dengan kemampuan semua orang tanah-tanah di Bukit Damar dipecahkan kepada lot-lot bersaiz 5000kp - 8000kp dan siap dengan kebenaran merancang untuk kediaman dan infrastruktur dalaman seperti jalan, longkang, bekalan air dan eletrik.

Cuba lihat Google Map carian Putrajaya dan lihat lebuhraya yang telah dibina separuh (Persiaran Selatan) dan akan disambungkan ke Lebuhraya Elite.



Persiaran Selatan telah dibina separuh dan akan disambungkan ke Elite dan kelihatan papan tanda ditampal sementara. Apabila ianya siap disambungkan berapakah harga Tanah Bukit Damar yang kini (hari ini 20hb Sept 2011) hanya berharga RM26skp.



Bukit Damar jika dilihat perancangannya akan menjadi seperti Beverly Hills California dengan Studio dan Mediacity di kaki Bukit Damar. Di kanan saya, tempat gambar ini diambil akan dibina Interchain LRT Station bakal menambah nilai kawasan ini.



PICC jelas kelihatan dari tempat saya berdiri



Hj Zamri telah bermula dengan proposal berikut 16 tahun lepas. Sila klik link dibawah untuk membacanya di Scribd.

http://www.scribd.com/doc/65631993/Proposal-Bkt-Damar

Bagi menampung permintaan yang tinggi di Bukit Damar dan bagi menyesuaikan keinginan mereka yang inginkan pembangunan segera Hj Zamri turut meneroka kawasan sekitar Putrajaya yang juga mempunyai potensi besar seperti Salak Tinggi dan Jenderam.

Syabas Hj Zamri, anak jati Jerlun Kedah kerana walaupun telah 16 tahun berlalu, tak ada satu suara yang saya dengar seperti rungutan pembeli, penjual atau agen yang mempertikaikan kepercayaan dan kewibawaan Bukit Damar Properties malah tahniah kerana telah membangunkan ramai anak Melayu yang berada di sekeliling kehidupannya!!







12 comments:

Anonymous said...

Ada perkembangan terbaru mengenai Bukit Damar? Ramai kawan-kawan saya yang sama-sama membeli di sana dah putus asa & jual semula tanah. Saya pun sedang memikirkan untuk jual tanah saya. Perancangan dah tersasar jauh. Hj Zamri ada komen?

Yusoff Zaky Omar said...

Tuan, sebagai penganalisis dan bertanggungjawab memilih Bukit Damar sebagai instrumen pelaburan dalam Simulasi Kewangan SOL, saya bangga dengan perubahan minda kebanyakan pembeli yang lebih terarah kepada pelaburan berbanding pembeli tanah pasif yang tidak sabar memiliki rumah umpama di Putrajaya Country Height yang sungguh hebat sokongan pembangunan di sekitarnya. Apa kata Tuan turut sama menambah pemilikan dengan menempah lot-lot akan terbit dan memperdagangkannya memandangkan lot banglo di Bukit Damar tidak pernah cukup untuk memenuhi permintaan. Terima Kasih menziarahi blog ini.

Anonymous said...

Terlalu byk masalah di Bukit Damar. Keputusan Keraajaan Persekutuan bertukar sejak Selangor menjadi negeri pembangkang pada 2008, EPU tak luluskan peruntukan infra, penempatan pendatang asing semakin bertambah, bila nak buat jalan? kilang simen & lori2 simen dah pindah ke? Utk makluman lot di Bukit Damar parent saya yang beli beberapa tahun sebelum pencen utk buat rumah,selepas lebih 10 tahun tak boleh buat apa. Kini hutangnya anak2 pulak yang tanggung. Ya, projek Bukit Damar memang untung. Tapi bukan kepada pembeli. Strategi & analisis perlu berpijak pada realiti. Bukan syok sendiri. Strategi yg baik juga perlu ada exit plan. Sbb tu ramai yg kecewa & jual

Anonymous said...

Terlalu byk masalah di Bukit Damar. Keputusan Keraajaan Persekutuan bertukar sejak Selangor menjadi negeri pembangkang pada 2008, EPU tak luluskan peruntukan infra, penempatan pendatang asing semakin bertambah, bila nak buat jalan? kilang simen & lori2 simen dah pindah ke? Utk makluman lot di Bukit Damar parent saya yang beli beberapa tahun sebelum pencen utk buat rumah,selepas lebih 10 tahun tak boleh buat apa. Kini hutangnya anak2 pulak yang tanggung. Ya, projek Bukit Damar memang untung. Tapi bukan kepada pembeli. Strategi & analisis perlu berpijak pada realiti. Bukan syok sendiri. Strategi yg baik juga perlu ada exit plan. Sbb tu ramai yg kecewa & jual

Anonymous said...

assalam tuan,

saya mmg bercadang nak beli tanah di bukit damar, cuma..
dilema sbb katanya x membangun lagi.
perancangan kami, dalam 5 tahun lagi utk buat rumah.
ok tak?
lokasi BD je paling strategik berbanding tanah2 yang kawan sy offer, sbb idea asalnya nak ulang alik ke pejabat i putrajaya dan anak2 sekolah lebih mudah, berbanding rumah yang beli di kajang..nak pantau anak jauh. itu yg membimbangkan.

kalau di dengkil, salak tinggi sy rasa kena batalkan hasrat utk beli tanah sbb jauhnya lebih kurang kajang juga.
lagi pun hasrat kami, nak tinggal, bukan utk invest ..

yusliza kashmir

Anonymous said...

yuslizakashmir@yahoo.com

Anonymous said...

sape2 nak jual tanah 5500sqf kebawah sila beri tahu saya..014-2235875 al

kesatuan pejuang malaysia said...

Sibuk duk suruh beli lg lot utk pelaburan.mslhnya xsemua org nk melabur.ada yg genuine nk buat rumah.klo seme org nk melabur peram tanah tu smp habis bilanya nk membangun?nila apabila hartanah diniatkan utk menjadi instrumen keuntungan mudah dan sekelip mata ajaran kapitalis.

Sy cadangkan agar bukit damar priperties jv dgn mana2 developer utk buat township di bkt damar.tolonglah.slagi xde sebarang perbandaran dan hanya ada lot2 kosong,nescaya xakan ada org nk duduk di situ.sedar2 tempoh pajakan semakin berkurangan

Anonymous said...

Boleh tahan bodoh jugak kau ni

Anonymous said...

Ad ap2 update perancgan pembgunan bukit Damar ..nk masuk 2018 ni

Unknown said...

Kini telah berada 2021... Bukit Damar nampak masih lesu... Tempoh pajakan semakin menuju monopose, Mana Hj Zamri? mana PEMIKIR? ada yang dah bertahun bayar pinjaman belian tanah namun tanah hanya dipenuhi semak samun, untuk2 ada pokok Senduduk boleh juga buat ubat, PIHAK YANG BERTANGGUNG JAWAB, Siapkanlah jalan... buat lah sesuatu Bukit Damar ni, Tasik tepi Highway ELite tu kalau bangunkan memang menarik .. JALAN, API, AIR.. kemudahan ini tolong percepatkan.

Tijah 0122500511 said...

Salam Tuan dan Puan,

Saya Tijah mencari tanah di bukit Damar untuk disewa. Jika ada sila whatsapp saya di 013 3449856 / 012 2500511.

Terima Kasih