Wednesday, December 15, 2010

Main Saham Atau Melabur??

Bagi saya 'main saham' adalah judi.

Saya berpendapat begitu kerana ianya berbentuk 'gharar' atau 'ketidakpastian' dan bertentangan dengan Islam.

Main saham yang dimaksudkan ialah apabila membeli saham dengan wang yang bukan dikhususkan untuk melabur dan perlu dicairkan segera, membeli dengan harapan harga akan naik dalam masa yang singkat untuk mendapat untung.

Hakikatnya tiada keuntungan singkat dalam menjana keuntungan. Jika ada yang membuat keuntungan sedemikian rupa, ianya adalah kerana nasib semata-mata dan inilah 'gharar' yang ditegah oleh Islam.

Lebih buruk jika membeli sehingga had maksima yang diberikan oleh bank pelaburan iaitu 2 atau 3 kali ganda wang di dalam akaun (bergantung kepada had yang diberi bergantung kepada kedudukan kewangan pelabur) dan terpaksa menjual dalam tempoh 3 hari selapas hari pembelian (T3) atau pihak bank pelaburan akan membuat 'force selling' pada hari ke 5 (T4).

Ramai yang 'main saham' dilihat mendapat kesenangan secara tiba-tiba dan kemudiannya menjadi papa kedana dan inilah yang membuatkan orang ramai beranggapan bahawa pelaburan dalam saham adalah merbahaya.

Bagi saya, 'main saham' adalah judi semata-mata tetapi jika saham dibeli dengan cara yang betul dari bajet yang betul dengan menilai kedudukan syarikat dan potensi adalah satu kaedah untuk menjana 'capital' dan cara untuk turut berniaga tanpa memerlukan masa dan tenaga terutama kepada golongan 'makan gaji' yang bercanggah dengan etika kerja jika menjalankan perniagaan.



Kitaran ekonomi terdapat dalam Al-Quran (12:46, 12:47, 12:48 dan 12:49)dan kita disarankan mengambil peluang dan bijak membuat sesuatu keputusan kewangan berdasarkan kitaran ekonomi.



Membuat kesilapan dalam kehidupan sebenar khususnya mengenai wang adalah sangat buruk kesannya dan negara kehilangan ramai rakyat yang berpotensi kerana disenaraihitam justeru saya menghasilkan SCHOOL OF LIFE™ sebagai alat rehearsal kewangan supaya kesilapan dalam dunia sebenar dapat diminimumkan.

Insyaallah.

2 comments:

Unknown said...

ramai sebenarnya yang tidak tahu definisi saham yg sebenar..mengapa saham diwujudkan? apa pentingnya saham sykt disenaraikan di papan utama bursa saham? apa beza shareholder & stakeholder??

Yusoff Zaky Omar said...

Hish.. tak payah la orang ramai nak tahu tu semua kot.. kalau tahu pun tak semestinya berjaya.. Yang penting tahu Surah Yusuf mengenai kitaran ekonomi dan ambil peluang..