Monday, December 13, 2010

Orang Muda, Demokrasi dan Imaginasi

Semalam saya pulang ke Jerlun. Jerlun yang dimaksudkan bukan Jerlun kawasan parlimen tu tapi nama kampung saya Kampung Jerlun yang berada di Mukim Jerlun dalam Parlimen Jerlun.



Seperti biasa saya akan ke sebuah tempat yang saya sifatkan sebagai tempat awam ala kampung yang saya suka sungguh bila berada di sana, di sana sentiasa terdapat ramai kanak-kanak dan budak-budak muda bersembang, memancing dan berehat dan terletak di simpang empat 2 batang sungai yang mengalir dari/ke 4 arah yang berlainan.

Pokok-pokok besar yang meneduhkan, angin bendang yang mendamaikan dan kedudukannya yang agak jauh dari rumah-rumah kediaman tetapi tidak terlindung itu tidak pernah hilang dari senarai tempat indah kesukaan saya lagipun lokasi yang menjadi medan permainan semenjak kecil ini mana mungkin dapat diabaikan dari hidup saya.

Di situ sentiasa kelihatan banyak basikal, motosikal dan terdapat juga bahan permainan yang sangat diminati oleh pengunjung kategori kanak-kanak iaitu 2 buah lori dan 3 buah trektor termasuk sebuah trektor besar yang saya banggakan, kerana trektor besar ini adalah buatan anak tempatan yang tidak berjenama dan kapasitinya sangat mengagumkan, boleh mengerjakan 60 relung sawah sehari semalam. Saya tabik pada pemiliknya, dalam usia awal 30an beliau berani menempah khas jentera pertanian yang tidak dijual di pasaran itu dengan harga RM200k 4 kali bayar.



Paling hebat dia kini telah melangsaikan semua bayarannya dan pendapatan bersih hariannya kini mencecah 4 angka sehari. Bagi saya dia memang telah mabuk aset kerana sehingga kini belum lagi mahu berhutang untuk membeli kereta mercedez, sebaliknya bercadang menempah sebuah lagi trektor untuk ditempatkan di Kelantan.

Kadang-kadang di situ dapat ditemui pelbagai bentuk mesin yang aneh atau peralatan pertanian yang pelik kerana telah diubahsuai untuk disesuaikan dengan kegunaan sawah kerana di situ juga merupakan tempat berhenti rehat pekerja sawah dan juga pesawah dari golongan muda berimaginasi tinggi.

Walaupun imej saya ialah pro kerajaan dan di situ terdapat bendera Pas yang berkibar megah, perkara ini tidak langsung kelihatan janggal kerana budak-budak muda yang berada di situ sebenarnya terdiri dari pelbagai fahaman politik dan menjadi perkara biasa jika mereka dilihat berdebat, berhujah dan membahaskan isu politik semasa tetapi belum pernah saya lihat mereka bermasam muka.

Pada satu-satu masa, tak kurang 10 orang yang berada di situ dan kadang-kadang jika ada kenduri, kematian atau semasa pilihanraya, jumlah budak-budak muda yang berada di situ boleh mencecah 30 hingga 40 orang. Data ini membuatkan kawasan tersebut layak digelar 'tempat rekreasi', tetapi kerana terdapat bendera Pas yang terpasang, orang-orang tua yang aktif berpolitik sering mempolitikkan tempat itu dengan memberi gelaran sebagai 'port' dan 'kubu Pas' menyebabkan mereka yang kerap berkunjung ke situ redha dan akur dengan label tersebut lalu ramai antara mereka bersetuju menyokong Pas.

Saya percaya, jika ada wakil rakyat yang berani singgah untuk bersalaman dan bertanya khabar, keadaan tentu akan jadi lebih baik kerana dengan cara ini, pemikiran golongan muda di akar umbi dapat diselami. Walaupun mereka berbeza fahaman politik jika dilihat dari cara mereka membahaskan isu, majoriti mereka mempunyai satu pandangan yang sama iaitu mereka lebih senang jika tidak ada perbezaan politik malah mereka lebih gembira jika tidak perlu diadakan pilihanraya. Apa gunanya jika kerana ini kita berpecah belah dan bermasam muka.

Semalam, salah seorang dari mereka bertanya kepada saya samada saya tahu apa sebenarnya syarat-syarat yang ditetapkan oleh British sebelum kita mendapat kemerdekaan dan adakah salah satu syaratnya ialah kita terpaksa menerima sistem demokrasi ini kerana bagi mereka ini lebih banyak buruk dari kebaikannya.

Secara jujur, saya tidak tahu dan saya tidak pernah belajar atau melihat butiran ini.

Tak mungkin tidak ada sesiapa yang terfikir bahawa amat sukar untuk melahirkan pemimpin yang betul-betul bersih dengan sistem demokrasi ini kerana lebih bagus seseorang itu bermain dengan kata-kata, bermuka-muka, pandai menyembunyikan keburukan dan hebat bersandiwara tak kira dari parti mana sekalipun maka lebih cerahlah peluangnya dalam perjalanan untuk memegang kuasa dan adakah ini betul.

Atau kita sebenarnya bernasib baik kerana pemimpin-pemimpin yang terpilih memegang teraju Malaysia, yang telah membawa Malaysia ke tahap yang hebat ini adalah sebenarnya terjadi atas bantuan dari Allah semata-mata.

Lebih menarik pada akhir perbualan, ada seseorang dari mereka tiba-tiba membuat teori sendiri yang mengatakan bahawa pemimpin yang berada di pucuk pemerintahan saja yang dapat melihat butiran perjanjian ini dan hanya secara zahir memperlihatkan ketaatan pada sistem demokrasi ini atas sebab keselamatan tetapi pada hakikatnya sesuatu itu dilaksanakan jika ianya perlu dilaksanakan walaupun tidak mendapat persetujuan majoriti.

Entahlah.. budak-budak muda ini begitu berimaginasi.

3 comments:

Unknown said...

dari perspektif anak muda yang tiada kepentingan dalam politik & terlalu cintakan agama, bangsa & negaranya.. saya lebih suka bersikap terbuka dan tidak menyebelahi mana-mana parti poltik (undi adalah rahsia?? ++ saya turut mendukung aspirasi negara). apa yg penting bagi saya, kita semua dapat hidup aman dan damai di bumi tercinta ini. sejarah tidak boleh dilupakan begitu sahaja. dalam masa yg sama kita harus maju ke hadapan. selagi kita bertaut pada tali Allah (perjanjian antara tuhan & hambanya), pasti kita diberkati. walaupun jalan yg kita lalui penuh ranjau & duri..janji Allah adalah pasti!! kita pasti kembali kepadanya.

Yusoff Zaky Omar said...

Indah sungguh bumi Malaysia.. jom syukuri nikmat ini dgn tak payah la nak gaduh-gaduh atau masam muka..

Unknown said...

jom!!!