Wednesday, April 22, 2009

16. Cara-Cara Membuat Kad Pengenalan.

Tahun 1974 adalah tahun kedua aku di tadika, mujurlah atas ehsan orang tua, aku dimasukkan ke tadika yang berhampiran dengan rumah, hanya 1 kilometer dari rumah. Aku hanya pergi dan balik dengan berjalan kaki.

Tadika tahun pertama agak jauh, di Pekan Ayer Hitam, lebih kurang 5 kilometer dari rumah. Di penghujung sesi tadika, aku sudah boleh membaca akhbar dan membuat kira-kira mudah dan antara yang paling aku seronok ialah bila cikgu menceritakan kisah nabi. Terasa seperti benar-benar berada di zaman silam di zaman nabi.

Tahun 1974, agak membosankan. Aku terpaksa belajar perkara-perkara yang sudah aku tahu dan di dalam kelas, aku sering menunjuk kepandaian aku. Yang masih aku ingat ialah apabila cikgu menyuruh aku mengira 1 hingga 100, aku mengira secara terbalik dari 100 hingga 1.

Kerana bosan, aku mula membuat perkara-perkara yang disifatkan oleh orang Kedah sebagai 'banyak akai'.

Pada tahun itu, aku mula mengenali dunia perniagaan.. ha ha(jika boleh dipanggil perniagaan dan sebagai bukti aku masih ingat lagi mak ada menyebut "...pi belajaq bukan nak meniaga" yang mengukuhkan kenyataan apa yang aku buat itu berniaga la jugak namanya.

Dan kerana itulah aku teruk kena 'lecture' dgn mak kerana cikgu tadika aku, Cikgu Che Wa telah datang ke rumah berjumpa dengan mak mengenai apa yang telah aku buat.

Aku telah membuatkan kawan-kawan setadika kehabisan wang belanja kerana membeli kad pengenalan buatan sendiri yang aku jual dengan harga 10 sen setiap satu.

Aku memang teringin dan tak sabar-sabar memiliki kad pengenalan dan aku sering membayangkan aku sudah besar dan ada kad pengenalan.. rasa macam hidup dah lengkap kalau ada kad pengenalan.

Aku kemudiannya mendapat ilham membuat kad pengenalan buatan sendiri dengan menggunakan daun pisang, kertas keras, pelita minyak tanah, gunting, pen dan pembaris.

Pada fikiran aku, ramai kanak-kanak sebaya aku mesti juga teringin untuk memiliki kad pengenalan sebagaimana yang aku rasa. Aku bercadang menjual hasil karya aku itu kepada kawan-kawan kerana jika hanya aku seorang yang ada kad pengenalan, tentu tak seronok.

Sebelum mendapatkan tempahan dari kawan-kawan, aku membuat kad pengenalan sendiri sebagai contoh dan cara-caranya adalah seperti berikut:-

1. Potong kertas bersaiz kad pengenalan(aku pinjam kad pengenalan Pak Ngah Zul, bapa saudara aku yang rapat dengan aku, yang selalu membawa aku ronda keliling kampung, aku masih ingat Pak Ngah Zul ada loket macam yang selalu Hail Amir pakai ketika itu, berbentuk taring yang dibuat sendiri dari kayu dan aku pun boleh hafal lagu Wajah Kesayangan Hamba nyanyian Hail Amir ketika itu).

2. Tulis nama aku, alamat dan nombor kad pengenalan serta butir-butir yang sepatutnya ada dalam kad pengenalan.

3. Buat kotak untuk cap jari di kanan dan kiri gambar (aku lukis sendiri) di sebelah hadapan.

4. Ambil daun pisang dan layurkan pada pelita minyak tanah untuk mendapat kesan asap hitam di daun pisang.

5. Cap jari dimasukkan ke dalam kad pengenalan dari kesan hitam daun pisang.

6. Kad pengenalan contoh sudah siap untuk ditunjukkan kepada kawan-kawan dan aku mula mengambil tempahan.

Jangkaanku tidak meleset, tidak ada seorang pun yang tidak menempah kad pengenalan tersebut dan aku telah siapkannya hanya dalam masa 2 hari sahaja.

Setelah kami semua memiliki kad pengenalan, beberapa orang kawan yang agak besar dari kami telah dengan sukarela menjadi polis. Tanpa disuruh, mereka ini akan selalu meminta kad pengenalan ketika beratur masuk kelas, mengambil makanan, mengambil buku dan untuk pulang ke rumah.

Masalah yang timbul kemudiannya ialah apabila ada kawan-kawan yang telah menghilangkan kad pengenalan mereka dan dipaksa membelinya dari aku. Aku tidak membantah tindakan mereka dan sebenarnya mula rasa seronok kerana dengan peranan kawan-kawan polis aku tu, aku mula mendapat tempahan baru.

Segalanya berakhir apabila cikgu datang ke rumah.

Aku tidak ingat dengan jelas apa yang dikatakan olek mak ketika memarahi aku tetapi selepas kejadian itu, aku rasa tidak sabar-sabar untuk memiliki kad pengenalan, cukup dewasa untuk memikat perempuan dan memulakan perniagaan yang 'real' di dunia nyata.

Aku masih kecil ketika itu, manalah aku tahu ianya menjadi satu kesalahan.

10 comments:

roslan said...

Yusoff,
Masa tadika di Kuantan dulu, aku tak pandai berniaga lagi tapi aku dok pikat awek.. namanya Roslina(ingat lagi namanya)comel sangat.. sanggup naik bas dia hantarkan balik kat teluk cempedak... pas driver bas hantar semua orang, mula lah terpinga pinga... nasib baik bapak aku buat name tag alamat rumah ...

Zawani Ibrahim said...

ahaha. lawak la. :D

Yusoff Zaky Omar said...

Ha ha sampai kena buat name tag alamat rumah.. Tuhan dah cipta naluri suka pada perempuan ni dari beranak-beranak lagi.. Ada kawan aku suka kat lelaki... pening mak dia.

Wani,
Sedih memanjang pun pelik sangat kot..

roslan said...

Masa time aku tingkatan 2 dan 3, aku berkawan gak ngan geng lembut lembut, alasannya aku tak gemar PJ.. mula lee main bunga bunga, masak masak... auwww!! tapi aku tak juga lembut lembut... yang bestnya main netball ngan pompuan pun diaorang tak marah you!!
masuk tingkatan 4... aku berkawan lak dengan kaki pukul... maklumlee lepas belajar silat... silap sikit berlepuk... hah jadi kasar sikit.. sampaikan satu hari bro bro senior (geng keluar masuk jail) cari kitaorang tanya betulke aku masuk jel sebab gaduh... aku kata tak... aku gaduh sebab bawak girlfrend orang makan tempat "boyfrend" (member perasan dia boyfrend budak tu) dia kerja jadi pelayan.. kita orang tak tahu.. alik alik dah kena tumbuk.. kah kah kah...

Yusoff Zaky Omar said...

Kalau bukan pasai pompuan.. hang masuk jel sebab apa?

roslan said...

bila boyfrend dia terbalikkan meja makan aku, aku ajak boyfrend dia pergi tempat lapang.. nak slow talk ngan dia.. baru hulur tangan bagi salam... BEDEBUK!!! penumbuk singgah kat mulut aku.. berdarah beb!! tapi aku tak melawan.. malas nak gaduh pasai pompuan.. lagipun dia bukan awek aku.. baru nak tackle.. belum sempat dia hayun satu lagi.. orang ramai dah pegang dia.. awek tu kata dia tak nak kat dia sebab dia tu drug addict... pehh.. patut sangat lee.. Kutu Kutu Pasar sound kat aku nak lepuk ke budak tu aku kata tak pe lee... last last aku tak tackle awek tu.. aku tackle awek lain esoknya..

Yusoff Zaky Omar said...

Hang ni masalah la aku ingat. Pasai pompuan hang masuk jel. Tak dak pompuan lain ka selain awek orang hang nak tackle. Drug addict pulak tu. Aku kesian dgn drug addict ni sebab depa insan tak bernasib baik.. dah tersilap sekali rosak selamanya. Semua orang pernah buat silap tapi kesilapan depa ni sangat menyedihkan.

roslan said...

Hahaha... aku berkawan ngan bebudak keluar masuk jel, aku tak pernah masuk, aku berkawan ngan drug addict, aku tak pernah cuba, aku pernah ada ramai kawan ajak hisap rokok, aku tak hisap rokok pun sampai la ni... kalau ko nak tau, nenek aku siap ajar aku gulung rokok daun isi tembakau suruh aku hisap.. aku tak leh gak beb!! Masa muda dulu aku suka tackle awek.. ramai beb!! tapi bila depa dah suka, aku blah.. tapi aku tak usik pun.. saja nak test power.. macam belajar buat marketing pulak.. marketing 101

roslan said...

hah satu lagi.. hang belum email kat aku plan yang hang buat. email aku roslan.asmpabk@gmail.com

Yusoff Zaky Omar said...

Aku kena kenai hang lebih dekat dulu. Takut silap. Boleh antar cv.. simple will do. tq