Monday, April 6, 2009

2. Hujan Emas Di Negeri Orang


Semenjak kecil aku begitu ingin melihat tempat orang. Aku gila hendak melihat tempat orang, jadi aku sematkan cita-cita untuk menjadi juruterbang hingga pernah aku menggunting lencana bentuk sayap dan minta emak jahitkan di baju. Aku begitu mengambil berat matapelajaran matematik, english dan fizik tetapi semasa di tingkatan 4, aku tak dapat melihat papan hitam dengan jelas maka terpaksalah aku memakai cermin mata. Menjadi juruterbang sebenarnya hanyalah untuk melihat tempat orang lalu aku letakkan azam untuk mendapat grade 1 dalam SPM supaya dapat masuk Kolej Pengajian Persediaan dan akan ke oversea melanjutkan pelajaran. Malangnya, aku mendapat 3 aggregat dalam matapelajaran Agama... jika dapat 2, jumlah aggregat akan menjadi 25 dan mendapat grade 1. Dengan hanya satu kesilapan kecil akan mengubah seluruh hidup kita, jadi berjaga-jagalah dengan setiap langkah kita insyaallah jika hati tidak lekang dari mengingati Allah, setiap langkah pasti terpelihara.
Pada tahun 1997, berlaku kegawatan ekonomi kali kedua dalam hidup aku. Kegawatan pertama yang dapat aku ingat ialah sekitar penghujung 80an sewaktu menuntut di UTM Kuala Lumpur sehingga kebanyakan pelajar malas untuk belajar kerana graduan banyak yang menganggur ketika itu. Aku pun terpengaruh dengan mereka.. masuk library hanya untuk mencari bahan yang tak bersangkutan langsung dengan kursus tetapi buku-buku yang aku ingin tahu apa dan bagaimana. Akhirnya aku gagal di semester 3 dan mula bekerja dan berniaga selepas itu.
Aku tidak menyimpan wang, aku pemboros dan setiap kali dapat gaji, aku akan ke Langkawi, Penang, Melaka, Johor, Thailand membawa keluarga makan angin. Penat tetapi itulah saat-saat yang aku rasa paling puas dan bahagia.
Pada tahun 1997, ketika bertugas dengan akhbar STAR dalam bidang pengiklanan, aku membuat keputusan untuk berhenti kerja dan merantau ke London kerana tukaran wang ketika itu amat memberansangkan.. hampir 8 kali ganda dan menjadi penyebab yang paling kuat selain hati yang memberontak untuk keluar negara. Aku membeli tiket pergi balik dan menetapkan tarikh pulang selepas 10 hari sebelum mengubahnya apabila sampai di London semata-mata untuk mengelakkan berbagai soalan oleh pihak imigresen di Heathrow Airport. Aku meninggalkan anakku yang masih kecil kepada kedua orang tua ku dan terbang ke London. Pada awalnya, seorang ahli korporat bergelar Dato' yang aku kenal bercadang membuka restoran di sana dan aku merancang untuk bekerja dengannya kerana aku boleh memasak, suka memasak dan pernah membuka restoran yang diberi nama 'Rendezvous Restaurant' di Alor Star dan pernah popular pada suatu ketika sehingga diberi liputan oleh akhbar Utusan Malaysia di ruang ekonomi tetapi malangnya banglo yang aku ubahsuai menjadi restoran itu diambil kembali oleh tuan punya premis tersebut. Aku terpaksa berundur kerana aku hanyalah penyewa...
Di London, apa yang berlaku bukanlah seperti yang dijangka tetapi cukuplah setakat ini yang dapat kita kongsi kali ini.

8 comments:

zawani ibrahim said...

cerita lah apa yang jadi di londen! tersangat nak tau ni. :D

zawani ibrahim said...

*londOn. hehe

Yusoff Zaky Omar said...

Wani,
Done.

Naz said...

Salam,
Suka baca cerita ni. Ada follow up ke?
BTW, where was the Rendezvous Restaurant?

Yusoff Zaky Omar said...

Bukan kat mana-mana pun. Kat Alor Star saja..

Yusoff Zaky Omar said...

Anyway... saya terharu ada orang jauh nun di Norway singgah di tempat i.
Follow up.. u kena baca mula dengan Episod 1 lepas tu 2 dan ..
Thanks.

Yusoff Zaky Omar said...

I baru ja berblog ni.. seminggu lebih macam tu. Jadi aku belum sampai ke alam nyata lagi pun. Introduction baru suku ja..
Harap-harap kalian bersabar dengan sikap aku yang buat sesuka hati aku ni.

najahmadi said...

cerita u ni x abis pon..cerita la lagi...seronok membacanya...