Saturday, April 18, 2009

14. Basikal Kuning

Dalam keadaan aku yang tiada apa-apa lagi, simpanan habis, saham dah tak ada yang tinggal, hutang bertimbun, nama tercemar, penat dan juga tua, aku perlu bermula lagi dari kedudukan paling bawah dengan mencari kerja. Dalam keadaan ini ianya sangat perit, aku kerapkali gagal dalam temuduga dengan alasan utama ialah umur. Tiada sebarang kenderaan juga menjadi sebab mengapa aku tidak layak walaupun menjadi seorang salesman.

Aku kemudiannya berpindah ke Sungai Petani dan tinggal bersama ibu mertuaku. Kalian tentu faham bagaimana keadaan tinggal dengan ibu mertua dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Semua itu telah meningkatkan tahap siksa yang mendadak dari segi batin dan mental sehinggalah aku akhirnya membuat keputusan untuk menyewa sebuah rumah teres yang sewanya belum lagi ada dalam belanjawan dari pendapatan tetap bulanan, aku perlu berusaha untuk itu.

Aku hanya buat kerja-kerja yang tak tetap, jual barang itu dan ini, direct selling dan terima upah buat apa-apa kerja yang aku mampu dari kawan-kawan. Seringkali ketika aku dalam saat-saat yang tertekan, aku akan menelefon sesiapa sahaja yang aku kenal bertanyakan jika ada apa-apa yang aku boleh buat seperti mengangkat barang, mencuci atau apa saja untuk 10 atau 20 ringgit.

Tetapi seorang lelaki yang telah berumur hampir 40 tahun, yang tidak mempunyai kenderaan, nescaya tak akan berjaya menyakinkan orang dan direct selling aku tidak langsung berkembang. Aku hanya menjadi pengganggu dari masa ke semasa sehinggalah kawan-kawan menjauhkan diri, tidak mengangkat telefon dan tidak membuka pintu jika yang datang ialah aku. Aku faham dan tidak menyalahkan mereka kerana setiap orang mempunyai masalah masing-masing dan pada keadaan aku yang amat terdesak aku terpaksa mengganggu, bayangkan anak-anak tidak dapat makan sehingga petang, mahu tidak mahu aku terpaksa meminta membuat apa-apa kerja untuk RM5 atau RM10 .

Aku kemudiannya membeli sebuah basikal di Sungai Petani untuk menghantar anak-anak aku ke sekolah dan dengan basikal itulah aku ke hulu ke hilir di Pekan Sungai Petani menjaja itu dan ini.

Beberapa bulan menunggang basikal, seorang kawan yang pemurah kemudiannya menjual sebuah motosikal kepadaku tetapi katanya "Hang pakai dulu cop, nanti ada duit baru hang bayar." Dengan motosikal itu aku kemudiannya mendapat kerja-kerja yang elok sedikit, itupun kerja yang menawarkan gaji pokok yang hanya cukup untuk minyak motor sahaja, pendapatan hanya bergantung pada komisen. Terima Kasih pada Zul, seorang sahabat yang bersimpati.

Ketika itu Dato' Seri Mahathir Khalid adalah MB Kedah dan pada suatu hari ketika pulang ke Jerlun, aku menemui wakil rakyat kawasan aku dan meminta pendapat beliau mengenai masalah aku, Dato' Othman Aziz cuba mencari jalan untuk membantu tetapi bukanlah berasaskan kepada kes kesilapan Dato' Seri Syed Razak kerana ianya antara aku dan Syed Razak.

Dato' Othman Aziz seorang yang aku hormati sehingga kini, beliau memang bersungguh-sungguh membantu aku walaupun dalam keadaan aku yang hina ketika itu. Aku dapat melihat, beliau tidak pernah memandang rendah kepada aku. Malah, aku dapat rasa beliau menghargai pengalaman dan pengetahuan aku dan perjuangan aku mencapai apa yang aku cita-citakan.

Mungkin juga kerana beliau juga pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid yang mempunyai sesuatu persamaan yang dimiliki oleh collegian, sesuatu yang membuatkan setiap collegian rasa seperti satu keluarga yang akan merasa sakit apabila ahli keluarganya disakiti.

Mungkin juga kerana bimbingan ayahnya, seorang guru dalam jalan tarekat yang membimbing ribuan murid dalam jalan kerohanian. Pernah aku ceritakan dalam bab sebelum ini bagaimana halusnya akhlak mereka yang tidak mengira bangsa, agama, haiwan atau manusia sehingga dapat mengislamkan beribu-ribu penduduk London dan menukar banyak gereja-gereja menjadi masjid di sana.

Dato' Othman amat berbeza dari segi pendekatan politik, di Jerlun beliau disenangi walaupun oleh orang-orang Pas kerana bantuan atau pertolongannya tidak langsung berasaskan parti manakah orang itu dan perkara ini juga pernah menjadi isu pada awalnya kerana rasa tidak puas hati dari dalaman UMNO kerana ianya agak berbeza dengan cara lama; memberi keutamaan hanya pada orang UMNO atau BN.

Allah menyuruh berbuat baik sesama manusia dan itulah yang diamalkannya dan konsep itu yang membuat beribu-ribu orang diislamkan di London hanya kerana tertarik dengan akhlak orang Islam yang diamalkan dalam tarekat, jika permusuhan atau menghalalkan darah orang bukan Islam menjadi fahaman nescaya semakin bencilah orang pada Islam.

Walaupun beliau telah mencuba sedaya upaya, mendapat kelulusan membalak bukanlah sesuatu yang mudah. Aku juga tidak sangat berharap, cuma meletakkan sedikit harapan mana tahu jika berhasil dapatlah selesaikan segala hutang piutang. Pendapatan aku ketika itu jauh sekali untuk selesaikan hutang malah makan minum pun tidak tentu mencukupi, nasi, telur dengan kicap atau bubur nasi dengan tulang ayam kerapkali menjadi menu kami sekeluarga. Sehingga kini, walaupun makan minum bukan lagi menjadi masalah, anak-anak aku kerapkali meminta ibu mereka telur dan kicap kerana telah menjadi kegemaran mereka.

Pernah beberapa kali pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri datang mencari aku di Jerlun dan itulah hutang yang aku anggap paling mustahak kerana menyebabkan ibuku terganggu dan menyekat aku dari meninggalkan Malaysia. Walaupun ianya hanya lebih RM20K tapi bagaimana akan aku jelaskan kerana apa yang aku fikirkan hanya untuk makan dan persekolahan anak-anak.

Apabila PAS memegang tampuk pemerintahan Kedah, aku ada berjumpa dengan Rosnizam, pegawai khas Ustaz Azizan dan mengemukakan surat dan dokumen berkaitan untuk berjumpa dengan MB, mana tahu PAS yang Islamik dan mengikut Nabi mungkin akan memberi sedikit perhatian kepada kes aku, lagipun Ustaz Azizan berjanji tidak akan memilih bulu dan akan membela nasib sesiapa sahaja rakyat Kedah.

Malangnya, bukan kata hendak berjumpa, surat aku pun tidak langsung mendapat balasan.

9 comments:

roslan said...

Wow!! cerita saudara semakin hampir dengan kehidupan saya ketika ini... sekurang kurangnya aku tak keseorangan..

Yusoff Zaky Omar said...

Lan, hang utang income tax berapa banyak?

Yusoff Zaky Omar said...

Lan, kalau hang betui nak cari sesuatu yang kukuh tanpa bergantung pada sapa-sapa.. call aku. Join team aku. Dgn sistem yang aku bagi haritu dan vehicle yang betul, tak dak apa yang nak halang kita lagi. Insyaallah.

zawani ibrahim said...

rumah kat tasek apong ka? laa..rumah saya dekat taman wira. blakang sekolah menengah bandar tu ja... dekat2 kawasan restoran hotmas tu..

Yusoff Zaky Omar said...

Wani,
Jiran la kita ni.. mai la rumah main badminton petang2. Rumah kayu 2 tkt ada laman luas yang sebijik tepi hutan tu. Saya main badminton dgn anak2 hari2 without fail.

roslan said...

Yusoff,
komen aku tak keluar lee...
income tax aku dah lama tak bayar... sampaikan tahun ni penyata pun dia orang malas nak hantar...
Hang tolong bagi detail sikit kat email aku..

Yusoff Zaky Omar said...

Lan,
Mana ada penyata sekarang ni lan. Sekarang online bro. Dah lama dah.. Hang kena pi JHDN ambik password. Kalau surat mahkamah tak sampai then ok la tu.

roslan said...

Setakat nih surat mahkamah belum dapat lagi... surat surat LOD untuk loan loan lain pun belum lagi... kalau 3 bulan bayar 1, asyik dapat surat merah jek... biasa lee...

Yusoff Zaky Omar said...

Ohh itu biasa punya hal Lan. Nanti aku email kat hang tapi hang kena disiplin dan rajin buat apa yang kita plan. Dari grid plan jadi weekly plan dan daily activities semua mcm plan.