Thursday, April 16, 2009

12. Lumpuh

Balik dari solat jumaat tadi, aku dapat sms dari seorang sahabat yang aku kira bernasib baik kerana cacat penglihatan, tak dapat melihat, geng buta masa di Kolej Sultan Abdul Hamid bernama Shafie atau semasa di sekolah kami panggil 'pet', katanya "Cop, aku dah visit blog hang. Hoo interesting sungguh pengalaman hang. Post la lagi cerita. tak sabaq nak baca" dan terus aku reply "Hang baca macam mana?" kerana aku memang suka mengusik geng-geng aku yang buta ni. Aku kata mereka bernasib baik kerana tak payah melihat kezaliman dan kekejaman dunia ni dan aku memang tahu ada software yang boleh baca paparan pada screen yang mereka guna.

Mengenai geng buta, sekiranya ada budak-budak kolej badge 81-85 terbaca blog ni, mereka tahu siapa aku dengan geng buta di kolej dulu. Selain sifat aku yang tidak buta, aku memang macam orang buta, aku tinggal di asrama pelajar buta, aku duduk sebelah mereka di dalam kelas, aku sentiasa ada di 'Bilik Resos', lepak dan study dengan mereka dan practise band dengan mereka, aku juga vocalist band 'Jasira' iaitu band orang buta di Kolej, aku lompat pagar tengok mid night dengan mereka, naik atas siling hisap rokok dengan mereka dan bila naik bas 'utc', konduktor bas tak akan minta tambang sebab ingat aku pun buta kerana selalu dengan mereka.

Aku sebenarnya lebih senang dengan mereka kerana mereka lebih memahami aku dan dengan mereka kita tak perlu bercakap banyak kerana mereka amat sensitif dan tahu apa yang kita rasa.

Pet sekarang seorang guru, beliau pemain gitar utama band Jasira dulu dan antara sahabat-sahabat dari golongan yang bernasib baik dan selalu berhubung, 2 atau 3 tahun sekali mesti aku akan call atau sms.

Aku beritahu Pet tadi bahawa aku akan terus ke conclusion dalam cerita aku, aku dah tak sanggup ingat cerita-cerita lama ni dan ada juga yang hantar sms atau email yang memandang tinggi pada aku.. alamak itu dah salah sangka, cerita belum habis.

Selepas balik dari rumah Dato' Seri Syed razak malam tu, aku cuba membuka mulut menceritakan apa yang berlaku tentang Kostech kepada Aida tapi lidah masih kelu kerana takut akan ada gangguan pada fikiran Aida dan apabila ada gangguan padanya lagi teruklah gangguan pada aku.

Aku memilih untuk berlagak seperti biasa dan aku hanya memberitahu Stephen bahawa Dato' tak mungkin akan buat kenyataan seperti yang diminta, mana mungkin seorang ahli politik akan mengaku tersilap, akan jatuhlah reputasi beliau.

Aku cuba mencari info sebanyak mungkin mengenai hutan di Kedah, berapa ekar kuota yang boleh ditebang mengikut 'Sistem Pengurusan Hutan Berkekalan' yang diamalkan menerusi Dasar Perhutanan Negara. Dengan sistem ini kuota dan had pengeluaran kayu balak di Kawasan Hutan Simpan Kekal akan ditetapkan bagi sesetiap negeri untuk menjamin hutan tidak akan pupus selama-lamanya.

Aku juga mula menghubungi tauke-tauke balak dan kilang kayu di Kedah dan kebanyakan mereka tidak mahu berurusan dengan aku sehinggalah aku mendapat satu idea.

Aku pergi ke pejabat Tong Seng Timber Merchant pada suatu hari dan minta berjumpa dengan boss mereka Mr Wuu yang kemudiannya aku panggil 'uncle'. Sebaik aku duduk aku mengeluarkan kad pengenalan, aku menunjukkan apa yang tertulis di akhbar, dokumen kelulusan tebusguna untuk membuktikan MB telah tersilap dan akan menggantikan kerugian aku dengan kawasan balak dan aku ialah Yusoff Zaky seperti dalam kad pengenalan yang aku tunjuk dan juga sama dengan nama yang disebutkan di akhbar-akhbar.

Semua itu berjaya menarik perhatian beliau untuk berbincang lebih lanjut dan aku akhirnya bersama-sama beliau melalui bermacam-macam dugaan dan cabaran bertahun-tahun lamanya.

Sehingga Dato' Seri Syed Razak jatuh sakit dan lumpuh, bermacam-macam alasan yang aku dapat mengenai perkara ini selepas setiap mesyuarat hasilbumi.

Cuma sekali aku dapat kawasan kayu dan kawasan itu adalah kawasan yang dibuka tender tetapi tak ada satu pun yang berminat. Kawasan itu adalah kuari batu yang ada semak samun dan kayu-kayu yang tumbuh di celah-celah batu dan untuk meluluskan kuari jabatan hutan perlu keluarkan kayu dari sana. Untuk mengeluarkan kayu dari sana perlu bina jalan dan infra, setelah dicongak kami akan rugi lebih kurang RM60K.
Itulah saja kawasan kayu yang aku dapat dan ramai kawan-kawan dan orang-orang di Wisma, orang-orang korporat dan GLC di Kedah yang beranggapan aku telah diberi kawasan balak oleh MB.

Berikut ialah rentetan peristiwa yang aku catat:-

12/2/2001 Mohon kompatmen 42 dan 46 Bukit Perak.
26/3/2001 Hantar surat mohon kurnia kepada MB.
12/8/2001 Surat wakil dihantar kepada jabatan hutan setelah diminta pengarah hutan.
12/8/2001 Kelulusan membalak di Kuari Gua Kelambu dikeluarkan.
8/9/2001 Hantar surat kepada jabatan hutan mengenai kawasan gua kelambu tidak ekonomik.
21/10/2001 Pertemuan dengan MB, Pengarah Hutan dan seorang Exco di Wisma Darulaman dan serah surat rayuan.
17/1/2002 Terima surat permohonan ditolak kononnya kawasan tadahan hujan.
10/1/2002 Mohon kawasan baru yang mengikut nasihat pengarah hutan supaya tidak ada masalah kawasan tadahan hujan lagi iaitu Kompatmen 17 Chebar Besar dan Kompatmen 15 Bukit Enggang.
18/5/2002 MB panggil berjumpa mengenai surat rayuan yang menyebut tentang Kostech.
19/5/2002 Jumpa MB dan berjanji akan batalkan surat itu dalam fail untuk tutup cerita Kostech.
19/5/2002 Berbincang dengan Dato' Setiausaha Hasilbumi mengenai surat tersebut.
20/5/2002 Hantar surat batalkan surat tersebut dan menyatakan permohonan tiada kena mengena dengan kesilapan kenyataan MB.
19/8/2002 Terima surat permohonan ditolak tetapi disyorkan tender. Dato' Setiausaha berkata tender hanya formaliti, kawasan akan diberi menurut mesyuarat.
15/1/2003 Tender dikeluarkan.
16/2/2003 Menyertai tender 80B Rimba Teloi dan 19C Ulu Muda.
17/8/2003 Selepas setahun akhirnya keputusan dibuat hari ini, tidak berjaya, orang lain yang dapat.
14/9/2003 Pengarah maklum tender tidak berjaya dan cadang minta kurnia macam biasa di kompatmen 15, Bukit Enggang dan kompatmen 17 Chebar Besar.
Sept 2003 Jumpa MB berbincang mengenai kawasan yang dipohon.
Dis 2003 Mesyuarat Hasilbumi, permohonan tidak berjaya tetapi tiada surat maklum lagi kerana kes Kostech telah saya batalkan pada 20/5/2002. MB minta jumpa Setiausaha Sulit yang akan atur permohonan balak.
Jan 2004 Berbincang dengan Setiausaha Sulit MB. MB akan beri kawasan kecil dulu.
Feb 2004 Mohon kawasan kecil di Padang Terap dan Gunung Pongsu.
May 2004 Mesyuarat Hasibumi, tidak berjaya.

.....dan seterusnya lagi, lagi dan lagi alasan dan alasan diterima. Aku dah mula bosan ketika itu dan pada suatu hari aku dapat tahu aku berjaya mendapat kelulusan kawasan melalui lesen Mohd Shariff tapi bukan kawasan yang aku minta. Mengikut pengarah hutan, cara pemberian kawasan kayu sekarang tidak tentu mana kawasannya, semuanya bergantung pada kerajaan kerana setiap kawasan akan dipecahkan kepada kawasan-kawasan kecil.

Aku menelefon setiausaha sulit MB tetapi kawasan itu bukan diluluskan kepada aku. Aku mula syak sesuatu yang pelik dan pada sebelah petang sekumpulan gangster telah datang ke pejabat Uncle Wuu dan meminta surat kelulusan kerana menurut mereka, boss mereka mahu berjumpa dan telah beri banyak wang untuk itu.

Pemilik lesen telah dikurung dan diminta menyerahkan surat kelulusan.

Aku memeriksa melalui seorang teman di pejabat hutan jika ada permohonan lain dari lesen Mohd Shariff tetapi tiada permohonan lain selain permohonan kami.

Uncle Wuu dibawa menemui kepala gangster dan kemudiannya mengalah kerana setiausaha sulit MB minta beri pada mereka dan akan luluskan kawasan lain pada kami.

Aku memohon lagi dan selepas itu MB jatuh sakit dan lumpuh sebelum mesyuarat hasilbumi diadakan....

Setelah bertahun-tahun aku berada dalam belenggu ini.

Kesimpulannya ialah aku sengaja diberi harapan kosong untuk melengahkan sebarang tindakan atau mengelakkan aku dari bercakap dengan wartawan mengenai Kostech.

Pernah sekali Setiausaha Hasilbumi yang pernah cuba menyokong aku, yang meminta aku sediakan surat untuk batalkan kes kesilapan MB mengenai Kostech, yang mengatakan MB hendak beri secara tender, terkejut kerana aku masih belum mendapat sebarang kelulusan kerana menurutnya beliaulah yang mencatitkan dalam minit mesyuarat mengenainya.

Aku sengaja dilumpuhkan sehinggalah Dato' Seri Syed Razak kemudiannya turut lumpuh dengan kuasa Allah.

18 comments:

Anonymous said...

Cop, since hang mention nama aku dalam post ni,, aku pun decide nak sebut bahawa hang adalah one of so call "normal Friends" yang sudi kawan dengan "geng buta" kat KSAH dulu. Aku sampai tahap ni pun, sedikit sebanyak pasai kawan-kawan yang understanding dan outstanding macam hangpa.

roslan said...

terimakasih Yusoff...
cerita terkini dah masuk tarikh... so aku dah tau cerita tuh tahun 2001 - 2002... bagus bagus
lepas nih banyak lagi cerita nak sampai 2009 nih... tak sabar nak tunggu....

Yusoff Zaky Omar said...

Pet,
Aku tau hang yang tulih as anonymous. Satu masalah sekarang ni ialah hampa dah jauh dari aku dan aku tak berapa reti kawan dengan orang celik ni. Dah tu aku tak berapa reti nak handle orang-orang yang nak kelentong aku maka aku banyak kali terkena dan terkena. Aku rasa aku tau pasai apa P.Ramlee butakan mata dalam Ibu Mertuaku.
Pet.. Kirim salam pada semua kawan-kawan kita.

Lan,
Aku rasa dah tak larat nak imbau cerita lama. Nak berpijak pada bumi nyata pulak.

Cerita balak tu sebenarnya tak abih lagi lepas DSSR lumpuh tu tapi aku rasa banyak nama akan keluar dan aku tak mau sebut.

DSSR aku sebut sebab aku sangat sangat sangat sangat ....

Semoga sesiapa yang baca cerita ni ambillah tauladan. Setiap perkataan yang terbit dari mulut seorang itu lebih-lebih lagi orang besar sangat bahaya jika tidak benar... boleh memusnah dan membunuh. Dan jangan buat khianat atau aniaya pada sesiapapun tak kira bangsa, agama walaupun haiwan dan tumbuhan kerana kesannya..

ajet66@det said...

Corak perjalanan hidup kita berbeza-beza. Ada yg mudah tapi byk yg perit. Namun yg penting keberkatan. Sabaq la Cop.

ps: ex-ksah 1978 - 1983

Yusoff Zaky Omar said...

Det, akhirnya hang berkata-kata di sini. Insyaallah satu hari boleh jumpa. TQ

Pet said...

Cop, memang aku (Pet( la tu. Aku akan jadi regular visitor blog hang ni. Aku bukan saja akan kirim salam hang bila aku jumpa geng lama, aku mesti promote blog hang ni.
Cheers, pet.

Yusoff Zaky Omar said...

Ha ha ha.. jumpa mat bagitau kat dia aku nak promote rumah urut dia di sini...ops rumah urut jadi maksud lain dah.

Naz said...

Salam.
Maaf kalau soalan saya agak simplistik.
Dalam banyak huha huha nak membalak, masih ada lagi ka kawasan di Kedah yang belum di balak. Yang duk nampak nampak, kebanyakannya dah rata, tinggal tunggul dan tanah merah!
Tolong komen sikit :)

Oh! lupa nak cakap....saya suka baca part sekolah dulu dulu...nostalgia betul! Agaknya budak budak la ni ada tak yang berjiwa *murni* macam zaman kita dulu. Hmmm...fikir...fikir... :D

Yusoff Zaky Omar said...

Naz,
Kedah diliputi 60% kawasan hutan. 2000 hektar setahun kuota pembalakan untuk Negeri Kedah yang ditetapkan. Jika hanya 2000 hektar setahun yang ditebang dari Hutan Simpan Kekal dan mengikut spesifikasi (yang matang dan cukup saiz sahaja yang ditetapkan 'Sistem Pengurusan Hutan Berkekalan'), hutan takkan pupus sampai bila-bila.. I like this question.
Naz, Gamaknya budak-budak la ni banyak makan ubat.

Naz said...

Yusoff,
True that hutan takkan pupus sampai bila bila but in time, what we'll get is a different sort altogether and the intermediate phase will be coloured by change in flora and dislocation of animal species (yang mana yang masih ada) yang mungkin akan hilang terus. I say that because I know conservation is not a strong point in such projects.
What's your experience?

Yusoff Zaky Omar said...

Hutan takkan pupus jika "sistem pengurusan hutan secara berkekalan" dipaktikkan dengan betul tapi hakikatnya tak begitu.. sistem hanya tinggal sistem. Ada sebuah badan aktivis alam sekitar nak sposor pelaksanaan piawaian FSC( Forest Stewardship Council)kepada kerajaan PAS sebab PAS dulu hebat sangat menentang pembalakan rakus. Dengan FSC kayu akan lebih mahal sebab perabut yang ada FSC boleh masuk pasaran Europe dan kena ada rizab untuk perpindahan binatang dan haiwan dan boleh ada extra income dgn dagangan karbon tapi ditolak mentah-mentah sebab susah nak buat duit.. so depa tolak mentah-mentah cadangan tu. Hahh.. cakap saja nampaknya.

ajet66@det said...

Tak kira sesiapa yg memerintah, selagi berteraskan nafsu, duit yg jadi 'kiblat' mereka.

Yusoff Zaky Omar said...

Begitulah kira-kiranya Det... Tun pernah kata "...kalau bersih, tak duduk dalam politik." Apa maksudnya???.. fikir-fikirkan... tak gitu Naz. habis kita rakyat sampai nak masam muka pasai politik apahal.

zawani ibrahim said...

banyak iktibar dalam kisah ni. :D
kalau tak dapat balasan di dunia pun, ada balasan di akhirat menanti, kan.

Yusoff Zaky Omar said...

Hi Wani,
Lama tak dengar cerita. Ingatkan dah tak jenguk-jenguk dah.
Sebenarnya.. saya dah halalkan dan maafkan sesiapa pun yang menyakitkan atau buat tak ketahuan dengan saya dunia akhirat. Kita manusia sebenarnya sapa saja termasuk saya, akan kena tipu dgn iblis/ shaitan. Lagi besar kedudukan lagi besar dugaan.
Wani, ada masa jenguk Kak Naz punya blog yang ada bagi komen juga dlm ni. Dia di Norway.. your senior but Alor Star St Nick.
Very nice blog dan saya sangat iri hati...

NajaHmadi said...

Kemaafan adalah dendam yang terindah.

NajaHmadi said...

Kemaafan adalah dendam yang terindah.

NajaHmadi said...

Kemaafan adalah dendam yang terindah.