Tuesday, April 28, 2009

18. Terbeliak Biji Mata


Sampai sekarang kalau aku telefon kawan-kawan lama yang tidak menyimpan nombor aku dalam handphone mereka, dari perenggan pertama lagi aku akan kata "woi aku ni..cop beliak" dan tak perlu bersusah payah mengisi slot pengenalan dengan kupasan panjang lebar, sekelip mata aku sudah dapat masuk pada bab tujuan dan kemudiannya kesimpulan dan penutup.. bye bye dan berapa tahun pulak aku akan tenggelam sebelum timbul semula dan..."woi aku ni cop beliak". Aku dan kawan-kawan seperti baru semalam berjumpa walau kadang-kadang sudah menjangkau belasan tahun.

Mata aku tidaklah sebesar mana tapi bila aku melihat sesuatu benda, aku akan melihat dengan bersungguh-sungguh sampai nak terkeluar biji mata. Sekarang ini agak terkawal sedikit tapi semasa aku masih kecik, anak mak long aku akan lari sekuat hati bila melintas hadapan rumah aku kerana ketakutan yang amat sangat pada tahap keterbeliakan aku. Kalau aku duduk di luar rumah, nescaya tak berani keluar rumah budak tu, apa lagi nak melintas. Kesian budak tu.. tapi apakan daya.. aku langsung tak perasan, ini semua mak aku yang cerita.

Kerana aku banyak memerhati dan amat asyik mendengar (tambah-tambah bila kawan-kawan mak aku bertandang ke rumah, apa yang berlaku di kampung semua aku hafal) aku jadi pendiam secara automatik tapi semua perkara aku ambil tahu dan ini juga dicerita oleh mak aku kerana menurutnya aku adalah rakan perbincangan ketika itu kerana aku boleh bercakap seperti orang tua, siap boleh 'relate' dengan kejadian atau cerita yang berlaku di kampung aku. Selain dari mak aku, aku tidak mudah bercakap dengan sesiapa dan tahap diam aku sebenarnya agak serius. Sampai sekarang sifat itu masih menghuni jiwaku, cuma bilangan ahli mesyuarat dari mak aku seorang bertambah kepada beberapa orang lagi. Masa sekolah dulu, geng buta la ahli majlis mesyuarat aku.

Darjah satu, beberapa kali aku telah 'terkincit' malah pernah beberapa kali 'terberak' di dalam kelas hasil perbuatan cikgu kelas aku ketika darjah satu, Cikgu Shamsiah. Wajarkah dia memberi arahan kepada budak-budak untuk minta kebenaran keluar dalam Bahasa Inggeris. Semua kena kata "Teacher, please may I go out", fuuih mati la aku... nak cakap Melayu pun aku terketar-ketar, ini pula nak cakap orang putih. Maka berbau tahi la seluruh kelas sepanjang hari dan sepanjang perjalanan naik bas Ah Yau balik ke Jerlun dari Sekolah Iskandar yang jaraknya 15 batu. Tapi orang sekali pun tak pernah tuduh aku yang berak kerana mungkin sikap aku yang senyap dan tak tahu berkata apa-apa, 'koro' orang Kedah kata atau mungkin mereka 'seriau' tengok keterbeliakan aku agaknya.

Hari pertama darjah satu, mak aku temankan aku menunggu bas Ah Yau dan memperkenalkan aku kepada Ah Yau yang akan mengangkut aku dan ramai lagi budak-budak kawasan Jerlun, Air Hitam, Kuala Sungai dan sepanjang-panjang Jalan Putra yang bersekolah di Alor Star. Seluruh kawasan ini adalah milik Ah Yau tanpa saingan mana-mana pengusaha bas lain hinggalah aku di tingkatan 3, barulah semua orang berpindah menaiki bas Ah Chai pulak sebab bas Ah Chai ada 'air cond'. Bila bas Ah Chai beroperasi, Ah Yau nekad tidak membuat perniagaan bas lagi kerana dah tak ada siapa yang memerlukan perkhidmatannya lagi, kesian jugak aku pada dia tapi apakan daya beliau tidak peka kepada kehendak zaman yang memberi keutamaan kepada keselesaan pelanggan.

Dari Jerlun sampai ke Alor Star, aku sungguh bernasib baik duduk berdekatan tingkap dan telah membeliakan mata secara bersungguh-sungguh memerhatikan setiap inci perjalanan sehinggalah ke Alor Star. Aku juga merasa beruntung kerana abang yang duduk sebelah aku ketika dalam bas telah dengan sukarela menjadi pemandu pelancong dan memberitahu nama setiap tempat yang kami lalu, rumah Ah Yau di Mergong pun dia tunjuk, jalan mana dan bangunan apa.

Aku bersyukur dengan maklumat itu kerana rupa-rupanya aku akan berdepan dengan sesuatu yang melakar sejarah pada hari itu.

Hari pertama di sekolah amat meriangkan bagi aku, tempat baru, benda baru, kawan-kawan baru dan mata aku tidak dapat berehat walau seketika pada hari itu kerana semua memerlukan perhatian aku.

Mak bagi duit sekolah 3 kupang, waktu rehat aku makan mee kuah 2 kupang sepinggan, beri pada Shidi (jiran sebelah rumah) sekpang kerana duit belanja dia sudah habis sebelum bunyi loceng pertama lagi dan selesai makan aku terus ke bilik air untuk minum air paip. Aku terpaksa beratur panjang kerana ramai jugak kawan-kawan aku yang lain turut serta dalam perbarisan minum air waktu rehat. Pernah beberapa kali aku tidak sempat minum air kerana loceng tamat waktu rehat berbunyi dan air berharga sekupang hanya sekali dua aku dapat beli kerana Shidi telah meneruskan amalan hari itu (minta kat aku sekupang setiap hari) kerana hanya sekali dua Shidi berjaya tidak berbelanja sebelum kelas bermula.

Aku tidak perlu beli minuman atau makanan sebelum kelas bermula kerana ketika budak-budak lain main 'aci ligan' dan 'combat' aku hanya duduk atas 'beg peti' warna coklat yang ayah aku beli beberapa minggu sebelum masuk darjah satu. Ayah aku sungguh peka dengan peredaran zaman kerana hampir semua kawan-kawan aku waktu itu memakai 'beg peti' yang boleh digunakan untuk duduk sewaktu menunggu bas atau waktu terluang.. terima kasih ayahanda.

Aku tak reti bercakap dengan ayahanda aku ketika aku kecik tapi aku tahu betapa dia sayangkan aku. Pernah sekali ketika hujan, beliau mendukung aku semasa menunggu bas semata-mata tak mahu kasut aku kotor. Ayah aku garang dan aku sangat takut kalau aku dapat markah 'merah'(gagal) dalam mana-mana mata pelajaran dan pernah sekali aku berdoa kepada tuhan semasa menunggu bas ketika pulang dari sekolah supaya ada kereta atau lori yang terbabas di tempat aku menunggu bas dan melanggar aku hingga mati di tempat kejadian.

Seluruh badan aku terasa sejuk dan menggigil kerana takut menghadapi ayahanda aku untuk tandatangan 'report card' tetapi dalam perjalanan pulang ke rumah aku telah mendapat ilham menukar markah 36 menjadi 86 dan aku tulis kembali dengaan pen biru. Aku terselamat tapi keesokan hari aku telah kena rotan dengan cikgu kerana aku telah padam dengan air liur dan pemadam untuk ganti semula kepada markah yang sebenar hingga terkoyak 'report card' aku.

Tetapi tembelang aku akhirnya pecah juga pada peperiksaan seterusnya. Aku kena marah teruk dengan ayah aku dan aku dipaksa 'kandar semai' dan 'menanam' padi dan ayahanda aku memberi amaran pada petang itu untuk memberhentikan aku dari sekolah dan akan disuruh 'buat bendang' jika aku gagal lagi. Ketika itu aku berada dalam darjah dua.

Pada hari pertama darjah satu, selepas loceng akhir berbunyi, aku dan Shidi meneruskan tinjauan untuk melihat, membelek, memegang dan merasai seluruh kawasan sekolah sehinggalah kami lupa diri dan masuk ke bilik kelas Kolej Sultan Abdul Hamid yang berada dalam satu kawasan yang sama dengan Sekolah Iskandar sehingga akhirnya kami tiba-tiba tersedar bahawa bas Ah Yau telah bertolak dan meninggalkan kami.

Shidi mula menangis tetapi aku berjaya mententeramkannya dengan mengatakan aku tahu jalan untuk pulang ke Jerlun dan mengajaknya pulang berjalan kaki sambil menyusun kata-kata indah bahawa betapa seronok dapat melihat bermacam-macam benda dalam perjalanan pulang.

Aku kemudiannya merasa lega kerana melihat 'morris minor' Pak Njang Mat, bapa saudara aku yang datang menjemput sepupu aku pulang dari sekolah. Aku berjalan ke keretanya dan memberi salam tetapi dia tidak pun bertanya apa-apa, aku kemudiannya berjalan dua tiga round lagi dan kerana sifat 'berat mulut' aku, Pak Njang Mat tidak langsung sedar bahawa kami telah ketinggalan bas.

Dia kemudiannya beredar dan aku bersama Shidi meneruskan rancangan pulang ke Jerlun dengan berjalan kaki.

Aku dan Shidi akhirnya ditemui oleh seorang penduduk kampung di Alor Janggus setelah berjalan kaki hampir 10 batu. Seluruh kampung telah gempar dan penduduk kampung yang mempunyai motosikal telah beramai-ramai keluar mencari kami.

Sungguh asyik dan indah segala pemandangan kanak-kanak dan aku melihat setiap sesuatu sehingga terbeliak biji mata.

26 comments:

roslan said...

Salam,
aku teringat masa aku darjah 2...
masa tu aku dah tak tahan nak "tekucil" lantas aku mintak izin kat ketua kelas (masa tuh cikgu tak de).
"aku nak ke tandas"kata ku
"tak boleh... cikgu tak bagi keluar" balas ketua kelas
"aku dah tak tahan ni" aku terus mendesak
"tak boleh... nanti cikgu marah" akur betul ketua kelas aku tuh..
"kalau tak boleh keluar, aku "terkucil" kat sini!" aku bagi amaran terakhir..
"tak boleh.. tak boleh" balas ketua kelas
tiada lagi perbualan antara kami selepas itu cuma terasa air hangat membasahi seluarku dihadapan ketua kelas ...hahahhahhahahahahahaha

Desert Rose said...

En Yusof,

Tobat tamau lalu pi Jerlun, takut jumpa abg beliak yg pembisu wu wu wu

Neway, found u thru Kak Naz, and wahahhhaha mata I sepet la plak tahan ayaq mata baca entry ni, kelessss.

Zawani Ibrahim said...

wah! menarik lah entri kali ni. :D
saya teringin nak guna bahasa melayu mcm tu, sebab bahasa melayu saya tak pernah 'cantik'. hehe

zol dabat said...

wah 1st time tngok abang
mka lbih krang cam MP jerlun gak
muka ja,"rambot" x yaw r
x taw plak abang ni bdak iskandar dgn bdak kolej
mcm sya r
ckgu2 yg fmous time abang sapa?
abang ingat pak ho x?

Naz said...

Yusoff,
Seronoknya baca entry ni. Tells a lot about you. Very colourful person ya!
Bayangkan banyak nya akai you...jalan balik Jerlun, sempat la pulak dok bagi kaunseling kat member tu..haha!
btw, mata tu tak lah beliak sangat pun. sikit je. but kalau ada persembahan Barong kat Kedah, you memang boleh apply, Yusoff! hehe! Jangan marah, nanti I balik I belanja teh tarik :)
ps: anak you tu comelnya!

Yusoff Zaky Omar said...

Lan,
Air tu hangat sebab kita mamalia berdarah panas.

Yusoff Zaky Omar said...

Dear Desert Rose,
Usahlah takut kerana Jerlun dah bebas dan tenteram oleh toyol mata terbeliak ni..
I dah pindah ke SP dalam hutan. Monyet2 yang bergayutan dalam hutan ni tak takut pun kat I... I dah ok la. I dah boleh control.

Yusoff Zaky Omar said...

Wani,
Ya ka.. I dapat BM 5 saja SPM, tu pun pasai pemeriksa kesian sebab kat bawah kertas i tulis nota rayuan panjang lebar untuk dikasihani.

Yusoff Zaky Omar said...

Zol,
Uih junior dari iskandar lagi zol ni. Paling ingat Cikgu Halimah ajar BM yang cantik jelita tu. Pernah cikgu besar Hamdan (sebelum Pak Kassim) panggil sebab dalam satu surat kiriman untuk paper BM, kat bahagian tandatangan tu abang tulis I LOVE U.. Lepas tu abang jawab la "..memang sign saya macam tu cikgu". Cikgu besar nak marah pun tak berapa ada modai sebab sign ni ikut suka kita la.. kan kan.

Yusoff Zaky Omar said...

Naz,
Teh tarik dekat 'Wimpy' he he.. Ingat lagi dak 'wimpy' jalan kota tu? Tempat budak2 sekolah buat date kalau ada modai lebih selain Rose Restoran tingkat ataih minum air segelaih duduk 3 jam. Mamak Rose punya la pening. Tapi saya tak dak girlfriend dulu.. ada la juga berkenan kat sorang budak convent hitam manis yang selalu ada dalam bas yang tiap-tiap hari parking tunggu budak2 iskandar. Saya akan ulang alik jalan dekat bas tu banyak kali jugak tiap-tiap hari sampai la dapat tengok muka dia. Alangkah bahagia kalau dapat naik bas sekali dengan dia tapi apakan daya nama dia sapa pun tak pernah saya tau.. hanya sekadar pemandangan indah.

Naz said...

Yusoff,
Wah! Saya baru teringat tempat tu. Ya lah masa muda muda dulu ada juga pernah ke Wimpy tapi saya ni budak baik. Kalau ke Wimpy pun beramai ramai dengan kawan perempuan, makan ice cream Peach Melba atau pun Banana Split. Ke Rose restoran pun suka juga but selalunya dengan kakak, makan mee goreng Mamak. Kick!
Amboi amboi amboi....mengimbas kenangan lalu dia ya! Si dia tu pun entah entah dah ber-anak 10 hari ni :D

Desert Rose said...

Ala, lagi la takut, umah mak I kat sungai petani la .....

Desert Rose said...

Alamak, alamak, *tepuk dahi 10 x,

U dok tasik apong ka, my parents dok Desa Jaya saja, blakang umah u....Adoiyai.

Yusoff Zaky Omar said...

Naz,
I lagi teruk.. masuk Wimpy makan nasi goreng dengan Shidi sebelah rumah stayback untuk pi tuisyen.. Tak dak sapa boleh bawak pi tapi teringin nak masuk jugak.
Sapa dia tu I pun tak pernah tau.. tapi confirm bukan mrs I ni sebab my wife budak convent di sg petani.

Yusoff Zaky Omar said...

Desert Rose,
Ha ha taak taau laa.

Oh hi, lupa ucap selamat kat u. Assalamualaikum. Camana Hazrey punya interview hari tu?

Naz said...

Yusoff,
Nampak gaya kita ni memang lah anak anak mithali...hehe!
Tapi sekarang ni dah berkeluarga, berkerjaya, berkereta dan mungkin juga dah bergaya (!)... mana mana pun kita dah boleh pi...kan?kan?kan?
(masuk lift, tekan button sendiri)
:D

Desert Rose said...

En Yusoff,

HAZREY bukanlah my better half, no no, no, my husband dont read my blog unless I made him ha ha.Of course lah as pompuan Melayu terulung I called my hubby Abang hokays, nak mati ke sebut nama saja ,daat pelempang satlagi.

I pun ex convent sp, 1992....u rasa ur mrs kenai dak I ha ha

Yusoff Zaky Omar said...

Naz,
U sebut i anak mithali terus seriat darah sebab i ni teruk. I dihantui rasa bersalah kat satu doktor hinggalah tahun 2002 baru minta maaf. You pun tau Doktor Yaacob Maha Klinik. Dulu masa darjah 6, i malas pi sekolah selalu sangat sakit perut pagi-pagi sampai mak i dah tak pakai lagi idea tu.
Satu hari i terdengar mak i sembang dgn my father, sepupu i dah kena apendik.. father i cakap rupanya nak diagnos apendik tekan perut belah kanan dan lepas, suspek apendik akan sakit amat masa lepas tangan.
Apa lagi, selang beberapa bulan i pun buat cam tu la. Doktor Yaacob terus tulis surat kat hospital. Kat hospital check sekali lagi dan i buat yang sama. Petang tu jugak puasa dan besok terus operate. I ditahan di wad 20, sebelah wad gila. Fuhh sebulan kawan dgn misi dan orang gila plus 'tegherbey' cicak tiap-tiap malam. Masa tidur my father akan ikat tangan i kat katil sebab i ni tau la sejak azali lagi jiwa perantau.. malam i akan berjalan sambil tidoq, bahaya kalau tak ikat.
Selepas mohon maaf dari Dr Yaacob, baru la lega perasaan ni. Dr Yaacob kata okay sebab apendik memang orang buang sambil bagi contoh army dan pilot.

Yusoff Zaky Omar said...

Dear Desert Rose,
Jangan la berencik encik. Panggil saja pak cik.
Ohh convent sp. 1992. Mungkin kenai sebab my wife orang sp, tapi dia keluar 1987.
Nanti boleh mai makan rambutan rumah i bila balik sini.

*Sorry la. Harini baru balik sp. I di Jerlun internet lembab.

aku yang terpunya said...

seronok baca citer masa kecik. sy kat kl je..kat kg kinabalu hujung yg tak ujud pun dalam mana2 peta masa tu..ke'tomboy'an saya mmg ketara sbb suka main lawan2 dgn lelaki.siap bersepak bertendang. main badminton lawan dgn budak2 lelaki sampai maghrib.org kat surau dok nengokk je anak dara sorang ni yg tak tau malu...

Yusoff Zaky Omar said...

Aku yang terpunya,

Salam Perkenalan

.. eer nama blog puan ni membingungkan saya....puan kena paksa kawin ka?

Maafkan saya.

aku yang terpunya said...

hehehe..tak sengaja dipunyai..tak merancang untuk dimiliki tapi ALLAh ada rancangan lebih hebat untuk dimiliki tiap ciptaanNYA..

alhamdulillah...tak sengaja itu menjadi sesuatu yang membahagiakan dan tak rancang untuk juga memiliki sebilangan tersebut tapi bagai kata saya, DIA lebih tahu...

Yusoff Zaky Omar said...

Syukurlah wahai 'aku yang terpunya',

Saya pun tak sengaja dan ditakdirkan berada dalam kumpulan ni..network twentyone, mereka telah sedarkan saya.. seperti lagu M.Nasir 73 pintu yang sampai hanya 1 jalan. Rupanya kita ni bodoh, ego dan macam-macam lagi teruk.

Sebab tu Allah seru supaya berbuat baik sesama manusia, berkenal-kenalan tak kira apa bangsa.. rupanya network ni sangat kuat dan ajaib macam faedah kompaun dalam saham amanah yang saya tulis.

Itu yang saya nak sampaikan dalam post 17, 19 dan 20.

Abu Bakar Hasan said...

Salam cop beliak, jumpa juga aku dgn blog hang ni. Ada juga dengar tentang kisah hang, tapi tak tau apa sebenarnya. Tapi sekarang semua dah boleh tau dah. Aku ni Bakar Siam satu asrama kat kolej dulu.

Yusoff Zaky Omar said...

Bakar,

Dengar dari aku tak berapa sama dengan dengar dari orang kan Bakar,

Aku sedang cari builder atau partner untuk satu business yang biasa ja tapi kekuatan hubungan sesama kita jadikan ianya cukup kukuh dah yang penting akan dapat generate lebih passive income spt dalam post aku 19 dan 20.

Cost hanya utk beli buku baca 15 minit sehari, dengar cd dalam kereta (motivation speaking dari millionaires) dan main cahsflow game bila lapang...

Bisnes ni simple ja dan kunci kejayaan bila semua dari kita pakat buat sama-sama dan ada mentor yang tak payah bayar sebab dia dapat duit bila hanya kita dapat duit.

Syarat yang mula kena salam.

Aku tak perasan Bakar Siam dengan Bakar Cintapeow...

Aku rasa mcm orang yang sama.. tapi aku kenai Bakar Cintapeow tapi tak perasan Bakar Cintapeow.

Yusoff Zaky Omar said...

Bakar sori..

Aku kenai Bakar Cintapeow tapi tak perasan Bakar Siam.. aku harap orang yang sama.